top

Saturday, 4 August 2012

ALHAMDULILLAH RAMADHAN DATANG LAGI


Rasulullah s.a.w  pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan
Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu
puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka,
ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu
bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang
banyak.
(Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.)

Alhamdulillah telah berada kita dalam bulan ramadhan yang mulia ni…
Dari segi pengertianya…
Dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan,
minum dan bercakap.
Dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang
perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam
dengan niat puasa.

Bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya
maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.
Di antara perkara yang menjadi syi’ar dalam bulan Ramadhan ialah solat sunat tarawih dimana Solat  ini sangat besar pahalanya seperti hadis yang
diriwayatkan oleh  Muslim dari Abu Hurairah r.a. katanya:
Rasulullah (saw) menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadhan,
tetapi tidak mewajibkannya. Beliau bersabda: “Barangsiapa yang bangun pada malam
bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunilah
dosa-dosanya yang telah lalu.”  “
Cukuplah bagi kita hadis Nabi (saw) ini untuk menjadi perangsang kepada kita untuk
solat tarawih.  Baginda menganjurkannya sambil menjanjikan keampunan  dari dosa-dosa
yang telah lalu.  

Ramadhan bulan penuh keberkatan dan ayuh kita memperolehi byk gandaan pahala dan dosa-dosa diampunkan…
Sebahagian dari lirik lagu yang dinyanyikan kumpulan nasyid hijjaz..

"Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa
Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia..."

No comments:

Post a Comment