top

Thursday, 13 February 2014

YOGJAKARTA


Alhamdulillah sekali lagi saya berperluang terbang ke negara jiran.. Kali ni terbang pula ke Yogjakarta. 4 hari 3 malam bunyi macam lama sangat pada mulanya. Sesudah tiba disana rupa-rupa 4 hari sememangnya tidak mencukupi. JOGJA merupakan kota yang penuh dengan sejarah kesultanan, kepelbagaian Candi, gunung berapi dan rangkaian pantai.



 Seperti biasa semasa disana saya tidak kesorangan . Terima kasih NURUL AIN & FIRDAUS kalian sahabat saya yang sangat best.








 Trademark kami ''8jutakalisayang & gengbersyukur''

Walaupun pelbagai masalah terjadi sebelum berangkat ke JOGJA, Berkat doa restu ibubapa akhirnya kami berjaya juga sampai ke sana dengan selamat.




Semasa berada disana kami menginap 3 hotel. sengaja bertukar-tukar kerana ingin menikmati suasana yang berlainan. Pendek kata semua hotel disana murah mampu menginap hahaha...


Dari segi tourguard kami hanya pickup semasa di airport sahaja. Alhamdulillah dia tidak menghampakan kami. Hampir kesemua tempat menarik kami lawati. Oleh kerana masa yang terhad ada beberapa tempat yang tidak sempat dikunjungi.
HARI PERTAMA
 Oleh kerana kami sampai petang dan selepas hujan..ini sahaja lah yang dapat dipaparkan menerusi lensa kami.
dua pohon beringin-ada mitosnya-keadaan selepas hujan.

bukit bintang
pemandangan selepas hujan di bukit bintang


disebelah malam kami ke mal malioboro-mencari apa yang patut.





  Diluar Mal Malioboro.......












berehat minum sambil menikmati keindahan malam di malioboro.....




Berhadapan Mal Malioboro terdapat pelbagai jualan kayanya seperti uptown serta persembahan Angklong...






ANGKLONG...... ada kisah disebaliknya.....hahaha... KENANGAN TERINDAH......








HARI KEDUA...
bermula suatu pengembaraan...

peta ke candi borobudur




















Pemandangan dari jauh....


 Puas jugak lah nak menapak ke sana tu...





























Pemandangan dari atas...kelihatan dua gunung berapi...




Dari atas bila pandang ke bawah....




TING...TONG.... deretan loceng HAHAHA....



Lukisan disetiap dinding punyai kisah peradaban zaman...
AUMMM..CAK....Hahahaha...



Ait ada singa kecil...NAIKKKK... HEHEHE










Ni masa nak turun...90 degree... menjunam... Dasyat...



Dari CANDI kemudian kami ke GALERI Unik&Seni...



Ini adalah kawasan menjual cenderamata dan kraftangan... di sana mereka memanggil sentra KERAJINAN... ye la orang rajin jer yang boleh hasilkan kraftangan...






SETELAH PENAT MENDAKI...


Kita minum dulu... sambil mendengar alunan gitar...










Habis di CANDI BOROBUDUR... Kami kemudian ke GUNUNG BERAPI MERAPI pula... Pertama kali ni ke gunung berapi... Maklum la negara kita Malaysia tiada...




Untuk ke sana kami perlu menaiki pacuan 4 roda ini..



Jalan2 nya sangat curam dan advanture sangat...

disini lah destinasi gunung berapi merapi berkenaan- berhadapan chekpoint ini adalah kawasan gunung berapi

sayangnya ketika ini kami tidak dapat melihat dengan jelas kerana awan melitupi sebahagian dari gunung ini


Disebalik gunung berapi ini ada kisah nya... pada tahun2 sebelum nya setiap kali meletus nya gunung berapi semua kawasan sekitar musnah sama sekali..oleh hal demikian penduduk disini membina kubu dibawah tanah untuk menyelamatkan keadaan.. Namun kuasa Allah tidak dapat menandingi kuasa manusia.. Akhirnya mereka yang bersembunyi disitu terkorban juga...

pemandangan dari atas kubu berkenaan...

pintu kubu...


Seperjalanan trek yang kami lalui...


Peninggalan bekas gunung berapi yang berlaku pada 2010... 









Hasil tinggalan yang tidak terbakar...











Jam 1210 hari jumaat tanggal 5 november 2010...Waktu kejadian letusan gunung berapi..




Meratapi barang peninggalan...

Gambaran oleh pihak media sewaktu kejadian letusan pada 2010
Itu sahaja serba sedikit gambaran semasa kami berada di gunung berapi MERAPI....

Kemudian pemandu pelancong terus bergerak ke Candi Prambanan pula. Oleh kerana seharian kami berada di 2 tempat, kami tidak sempat masuk ke candi ini berikutan terlalu lewat dan hampir tutup. Hanya melihat dari luar sahaja.

Orang kata kalau tak pekena BAKSO tak sah kalau ke Indonesia....
 





Makan time...











Selepas makan...ke surau..kemudian kami ke TAMAN PELANGI...
Lebih kurang macam ICT Shah Alam la...





Sekitar Taman Pelangi....


Triple cyclist... let us turn a rainbow garden... hahaha


then basikal 3orang.... yehaaaa.....



Siap ada show lagi....







Habis untuk hari ke-2....

HARI KETIGA...
perjalanan diteruskan lagi... perjalanan menyusuri rangkaian pantai yang popular di JOGJA...




PANTAI PERTAMA...PANTAI PARANGTRITIS... macam nama penyakit plak...ehehe..





Merenung masa hadapan...

Penat...Panas...Lariiiii......
ke...kedai....

JOM MINUM...

PANTAI KE-2...PANTAI BARON...








Yeaiiiiiii....luat>>laut....









PANTAI KE-3...PANTAI KUKUP...


Pemandangan dari sebelah kanan....


Batu yang mengambarkan seolah2 seekor penyu... subhanallah...agungnya cipta 
yang maha esa...


 pemandangan dari sebelah kiri....
berehat seketika...



Ingatkan di Malaysia je yang ada...di sini pun ada..NONA buah dari pohon kayu yang hampir kepupusan...

 Masyarakat disini masih menggunakan sistem timbangan lama lagi...


Kreatif mereka..menjadi ketam dan cengkerang siput sebagai hasil kerajinan...






seterusnya kita ke pantai ke-4 PANTAI KRAKAL....




tenang jer...


batu2 dan coral yang berada di dasar pantai Krakal... ada kehidupan kecil didalamnya..










 sempat la juga kami menangkap ikan...


time ni sebenarnya masing2 dah letih...lapar...
''ok pantai pasni kita makan...''






Pantai yang terakhir..
Apa2 pun makan dulu...


sementara menanti makanan... snap..snap..snap...


Muka gembira bila makanan dah sampai... hahahaha...

Ini dia kangkung goreng dengan tuna bakar...




Habis kisah pantai...Balik ke hotel sampai pon dah malam....so apa lagi.. merayau naik kereta kuda pusing Maliboro dan Kraton...menikmati keindahan malam....


abang beca..abang beca...di tengah bandar...



HARI TERAKHIR...HARI KEEMPAT....
Perjalanan diteruskan lagi...tapi dalam keadaan sedih.. sebab petang nanti nak naik flight da...huhuhu...
Macam biasa pagi pergi sarapan...disebabkan dah hari terakhir kononnya nak makan yang enak dan lumayan..maka pak supir pon membawa kami ke suatu tempat yang lumayan baginya..

kasut jer yang ada...hahaha



emmm sebenarnya..tak jadi makan kat situ..sebab was2 kehalalan nya...
tempat yang menjadi kesukaan...kedai soto....

kemudian kami terus ke TAMAN SARI... 





Sebuah istana yang penuh sejarah kesultanan.. jom masuk....

Ini adalah gambaran dalam istana..Masyarakat memanggil Taman Sari...taman air.. Menurut penduduk disini, kawasan ini didiami oleh gundik2 raja.. Mereka akan mandi disini sambil diperhatikan oleh raja...
Raja akan memerhati dari menara atas dan melihat gundik2 nya mandi. kemudian raja akan membaling bunga ke arah gundik2. Bunga menunjukkan raja memilih salah seorang dari mereka untuk mandi bersama baginda.. 

Kolam disebelah ini adalah kolam yang berasingan. Hanya baginda raja dan gundik yang terpilih sahaja yang boleh mandi disitu.. Serba sedikit kisah istana.

Hasil2 batik dan lukisan mereka yang tinggal di dalam istana.





selesai melawat TAMAN SARI.. kami terus ke ISTANA KRATON pula...


Eh ada 2 orang guru membawa sekumpulan anak2 asuhan la....hahaha... ada gaya tak? 









foto bersama kakek tua...hahaa      





Dan seterusnya....shopingggggggg....


Kami kemudian ke toko Bakpia... BAKPIA sangat terkenal di JOGJA..Mesti beli... kayanya macam kuih kacang di Malaysia..





Lapar time...




wajah akan berseri gembira bila makan time..hehehe



Sila kembali lagi... emmm insyaAllah... Ntah bila la akan kembali....






bye......bye......
 Makasih pak Haryanto..
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi
.

 My team..my best fren 4ever.. Kerana kalian saya berjaya jejak kaki ke YOGJAKARTA..


BALIKKKKKKKK.... MALAYSIA TANAH AIR KU...




No comments:

Post a Comment