top

Tuesday, 20 March 2012

HYDROCEPHALUS



Apa yang kita tahu tentang Hydrocephalus... sekiranya mereka dari bidang medical, pasti tahu.. mereka yang bukan dari golongan medical pasti ??? pe tu ha?.. Hydrocephalus ini kalau dalam bahasa kampungnya adalah penyakit kepala besar..
hydrocephalus.



HYDROCEPHALUS
Ia diambil dari perkataan greek "hydro" bermaksud air
manakala "cephalus" bermaksud kepala. Ia lebih dikenali sebagai air didalam kepala. Sebenarnya air itu dinamakan
Cerebrospinal fluid (CSF) iaitu cecair putih yang mengelilingi otak, ventrikel dan spinal cord (sum-sum tulang). CSF sebagai kusyen yang bertindak sebagai pelindung otak dan jaringan spinal cord dari tercedera dan penyediaan nutrisi ke otak.
aliran CSF
 
Seorang dewasa akan menghasilkan 500mls sehari. Sekiranya suatu kecerderaan terjadi atau keabnormalan atau kesakitan berlaku, seluruh otak akan mengubah akumulasi iaitu ventrikel akan membesar mengakibatkan tekanan didalam otak lalu menyebabkan HYDROCEPHALUS.

HYDROCEPHALUS boleh terbahagi dua :

1. Comunicating dimana sistem di ventrikel tersumbat namun CSF masih boleh mengalir antara ventikel.
2. Non-Comunicating ataupun dikenali 'obstuctive' sistem di ventrikel tersumbat dan CSF terhalang dari melalui ventrikel. Aqueductal stenosis iaitu penyempitan di Aqueduct of sylrius ( jalan diantara ventrikel ke-3 dan ke-4 )

HYDROCEPHALUS mungkin terjadi sejak lahir ( congenital ). berlaku semasa pembentukan janin didalam kandungan.
HYDROCEPHALUS juga boleh terjadi secara onset iaitu tiba-tiba ataupun secara kronik ( jangkamasa yang lama dari onset ).
kelahiran pramatang, kecerderaan, jangkitan pada otak, tumor dan trauma juga boleh mendorong berlakunya HYDROCEPHALUS.

SIMTOM-SIMTOM HYDROCEPHALUS...
simtom yang boleh dilihat khususnya pada bayi


1. Sakit kepala
2. loya & muntah
3. blurry vision
4. masalah dalam mengimbangi badan
5. Masalam dalam kawalan pembuangan air kecil
6. mengalami masalah dalam daya ingatan dan pemikiran.





HYDROCEPHALUS boleh menyebabkan otak yang kekal ( permenant ) yang mana ia akan mempengaruhi pembentukan fizikal dan mental seseorang. Dengan rawatan akan mendorong seseorang itu boleh hidup secara normal tetapi dengan penuh limitasi dan penjagaan yang penuh.

RAWATAN
 
CT Scan ( Computerized axial Tomography ) ataupun MRI ( Magnetic Resonance Imaging ) akan dilakukan. 


 



Daripada situlah rawatan selanjutnya akan di buat. Ia dilakukan mengikut umur individu, presentasi klinikal atau aduan pesakit.


Bagi pesakit yang mengalami HYDROCEPHALUS pembedahan memasukkan 'Shunt' akan dijalankan.


Terdapat pelbagai SHUNT..



1. EKSTERNAL VENTRIKEL DRAINAGE ( EVD ). Sekiranya tekanan di otak meningkat atau CSF bercampur darah ( berlaku pendarahan di otak ) EVD akan dimasukkan bagi mengurangkan tekanan dari meningkat. EVD dimasukkan dgn melalui suatu pembedahan.
 



setelah EVD dimasukkan ia akan di monitor sehingga tekanan menjadi stabil. Apabila stabil EVD akan dikeluarkan jika sebaliknya berlaku, permanant SHUNT ( jambatan yang alirkan CSF ke tmpat lain ) akan dimasukkan.



2. VP Shunt ( Ventriculoperitoneal Shunt ) - Shunt yang biasa digunakan. Ia adalah suatu tiup iaitu jambatan yang dimasukkan dari kepala hingga sampai ke peritoneal ( perut ). Ia adalah kekal apabila dimasukkan.


 



3. VA Shunt ( Ventriculoatrial Shunt )
 



Setiap RAWATAN pasti ada kesan dan risikonya..


1. Shunt mungkin akan tersumbat menyebabkan CSF tidak dapat mengalir.
2. Jangkitan / infeksi tambahan akan berlaku.

No comments:

Post a Comment