top

Tuesday, 2 July 2013

KANAK-KANAK JATUH DAN KESANNYA



Kanak-kanak atau juga dipanggil budak atau anak kecil yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai peringkat baligh lagi. Golongan ini khususnya terdedah dengan pelbagai situasi antaranya adalah JATUH.

Sesuatu yang dilakukan mereka tanpa kita jangka, sekelip mata sahaja atau dalam berjaga-jaga pun mereka mampu melakukan apa-apa yang mereka kehendaki. Pendek kata seorang ibu ingin mengatakan perkataan “ JANGAN” belum habis “NGAN” baru sebut “JA” seorang kanak-kanak itu sudah pun melakukannya contoh membaling atau mengambil sesuatu benda yang dianggap ibu adalah bahaya. Betapa cepat dan pantas nya mereka ini.




Entry saya hari ini lebih fokus kepada topik jatuh dan kesannya. JATUH boleh berlaku dalam pelbagai situasi dan juga ketinggian JATUH itu sendiri. Kanak-kanak golongan yang lasak. Mereka ini seolah tidak serik, sehinggalah merasa sakit berhenti seketika menangis dan apabila tidak sakit kembali aktif semula.

JATUH boleh menyebabkan pelbagai kesan. JATUH  mungkin boleh menyebabkan keretakkan atau kepatahan tulang, luka dan berdarah, lebam dan bengkak. Itu biasa kita dengar dan sedia tahu. Tetapi pernah atau tidak pernah seorang ibu tahu jatuh boleh menyebabkan gegaran di otak anak anda? Sejauh manakah anda tahu?

Bagi seorang bayi, jatuh dari ketinggian 5cm itu sudah cukup tinggi. Sesetengah ibu bapa ratanya risau tetapi tidak mengendahkanya sehingga bayi itu mengalami tidak mahu menyusu, tidur sepanjang hari, muntah dan tiba-tiba suhu badan menjadi panas, barulah ibu bapa risau. Ataupun apabila mereka hantar ke rumah pengasuh tiba-tiba anak mereka sawan dan tidak sedarkan diri.

Kes ini sering berlaku, walaupun statistic sebenar tidak  diketahui, ketahuilah setiap sebulan di wad Neuro pediatrik Hospital Kuala Lumpur, sekurang-kurangnya 5-10 kes jatuh yang masuk. Angka ini secara purata kasar saya dapati melalui kajian awal. Ianya hanya melibatkan kes yang melibatkan hentaman kuat atau tidak kuat di kepala.

Antara kesan yang sering dialami kanak-kanak akibat jatuh khususnya hentaman melibatkan kawasan kepala  adalah :

1.       Keretakkan tulang  
2.       Gegaran di otak
3.       Pendarahan sama ada baru atau lama di otak
4.       Pendarahan dalam kulit (haematoma)
5.       lebam
6.       Bayi mungkin akan menangis, tidak aktif dan tidak mahu menyusu
7.       Kanak-kanak akan mengadu sakit kepala dan pening
8.       Muntah ( samada selepas makan atau tanpa makan )
9.       Tiba-tiba tidak sedarkan diri
10.   Sawan

Oleh itu jangan pandang ringan apabila anak-anak kita terjatuh walaupun ketinggian yang sangat rendah. Sememangnya kita tidak boleh jangka mahupun mengelakkan sekiranya sesuatu itu tertulis terjadi .

Namun apa yang penting, kita seharus melakukan pemeriksaan awal. Antaranya dengan melakukan pemeriksaan seperti berikut :

  •  Pastikan keadaan anak sama ada sedar atau tidak dengan memanggil namanya atau menggoyangkan badannya.
  •  Rabalah seluruh bahagian kepalanya dengan sedikit penekanan bagi memastikan terdapatnya benjolan, kesakitan, atau "lekok"  di kepala.
  •  Jika ubun-ubun belum tertutup, rabalah ubun-ubun dan pastikan sama ada ia membonjol atau tidak. Ubun-ubun yang membonjol menunjukkan adanya peningkatan tekanan dalam otak, boleh berlaku pendarahan.
  •  Gerakkan kepala, dan tangan kakinya untuk memastikan tidak ada patah tulang leher, bahu, tulang belakang.
  • Perhatikan dengan teliti : mata, kelopak mata, raut wajah atau senyumnya adakah berubahan
  •  Pastikan penglihatannya tidak terganggu.


Bawalah anak anda ke hospital/klinik untuk pemeriksaan lanjut apabila mendapati simptom-simptom berikut:

  • Anak menjadi tidak sedar atau tidur terus.
  • Anak menjadi delirium, bingung, dan meradang.
  • Kejang / kelumpuhan pada wajah.
  • Sakit kepala atau muntah semakin bertambah.
  • Terdapat simpulan pada leher.
  • Timbul benjolan di kepala terutamanya disekitar tempurung kepala.

Langkah-langkah Pencegahan bagi mengelakkan kejadian jatuh dikalangan kanak-kanak

  • Untuk bayi yang kurang daripada 6 bulan, apabila sudah boleh berguling, seelok-eloknya diletakkan ditempat yang selamat ketika tidur / berbaring. 
  • Bila anak sudah boleh berdiri, berikan pelindung di tempat tidurnya.
  • Bila anak sudah boleh berlari, awasilah dengan ketat dan sepatutnya.
  • Elakkan penggunaan baby walker tanpa pengawasan orang dewasa.

Ini sahaja yang dapat dikongsikan untuk entry saya kali ini. Saya akan sambung lagi di entry akan datang. Isyallah..

No comments:

Post a Comment