top

Monday, 8 April 2013

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W.


Tercipta satu lembaran sejarah 
Di tanah suci Kota Mekah 
Hari yang mulia penuh syahadah 
Bermulalah sebuah kisah
Malam isnin subuh yang indah 
Dua belas rabiul'awal yang cerah 
Dua puluh april tahun gajah 
Lahirlah zuriat dan syahadah
Sampai sahaja 12 rabiulawal setiap tahun lagu ini sering didengari terumanya oleh budak sekolah. Kerana apa? Kerana itu lagu wajib bagi pertandingan nasyid. Kita pon bila dengar sahaja lagu ini mesti ingat dan teringat. Alhamdulillah sekurang-kurangnya dengan nyanyian lagu tadi dapat kita ingat bila kelahiran nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
KENAPA ia dikaitkan dengan tahun gajah? BAGAIMANA pula gajah menjadi binatang tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.? Baiklah cerita kenapa dan bagaimana dikaitkan dengan gajah dan tahun gajah ada diceritakan dalam entri saya sebelum ini iaitu Mahmuud si gajah tentera Abrahah.  http://fmh2wow2s.blogspot.com/2013/01/mahmud-si-gajah-tentera-abrahah.html.Ringkasnya daripada kisah Abrahah adalah keinginan Abrahah yang tinggi di tambah perasaan ingin membalas dendam dan iri hati terhadap bangsa Arab yang mengagungkan kaabah lantran itu dia berhasrat untuk memusnahkan Kaabah.
Namun cubaan itu gagal kerana Allah telah menghalang dengan menurunkan burung ababil melontrkan batu api kea rah tentera abrahah bagi menghalang memusnahkan kaabah. Peristiwa itu diceritakan dalam surah Al-Fiil ( gajah ).
Itulah kenapa dan bagaimana kaitanya gajah menjadi binatang tahun kelahiran nabi Muhammad S.A.W.
Kita sambung balik nyanyi lagu tadi…..
Abdullah nama bapanya 
Siti Aminah ibunya 
Riang gembira menyambutnya 
Lahirnya putra yang utama

Abdullah bin Abdul Muttalib adalah sangat hebat. Seorang lelaki yang tampan dan bersih tutur katanya serta sopan perilakunya. Oleh kerana cantiknya perilaku dan fizikal Abdullah maka ramailah gadis-gadis yang jatuh cinta padanya. Abdullah digambarkan adalah lelaki yang paling tampan ketika itu.

Manakala Siti Aminah pula adalah wanita yang sangat cantik. Para sejarawan tidak mengetahui sangat tentang Aminah kerana dia seorang wanita yang menjaga batas perggaulan. Amat cantik budi pekertinya, sentiasa mengasingkan diri dari perkara-perkara yang menjurus kepada maksiat. Disebabkan itu tidak banyak kisah yang dicatatkan tentang kisah Aminah.

Allah memilih Aminah “Si Bunga Quraisy” sebagai isteri Abdullah bin Abdul Muthalib di antara gadis lain yang cantik dan suci. 

Muhammad nama diberi 
Gelaran yang terpuji 
Nikmat Illahi sama disyukuri 
Terima putra yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia 
Lahirnya bawa cahaya 
Alam derita jadi gembira 
Terima junjungan mulia
Ketika Abdullah berangkat ke Syria, Siti Aminah sudah terdetik bahawa suaminya tidak akan pulang lagi. Apabila genap Rasulullah saw dua bulan di dalam kandungan. Abdullah wafat dan dikebumikan di Madinah Al Munawwarah. Begitu sedihnya hati Siti Aminah mengenangkan nasib anaknya akan menjadi yatim.
Semasa baginda dilahirkan, Siti Aminah menyaksikan Nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah yang dilihat seperti pelangi sehingga dapat dilihat dari kota-kota yang jauh dari mekah.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Siti Aminah apabila baginda dilahirkan.

Cahaya keluar terang benderang dari rumah Siti Aminah sehingga berpusu pusu orang Arab datang menjengah dan menilik ke dalam rumahnya yang mulia. Malah ada di kalangan mereka yang cuba mengopak rumah tersebut kerana perasaan ingin tahu, Apakah cahaya terang benderang tersebut yang keluar dari rumah seorang yang sederhana dan miskin. Disamping itu juga, wangi2an yang tidak terhingga laksana kasturi menusuk ke hidung semua yang berada di situ sehingga membangkitkan rasa damai ke sanubari mereka.

Begitulah keanehan yang dapat dirasai ketika baginda rasulullah dilahirkan. Subhanallah mahasuci Allah. Itu hanya sedikit yang diceritakan. Tetapi sebenarnya banyak lagi keanehan dan keajaiban yang berlaku tatkala lahirnya nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Saya akan ceritakan di entri yang akan datang. WALLAHUA'ALAM


No comments:

Post a Comment