Serba sedikit
mengenai Abrahah.
Abrahah (Bahasa Arab: اﺑﺮاﺣﻪ), juga dikenali
sebagai 'Abrahah al-Ashram (أبرهة الأشرم) ialah seorang wizurai Kristian di selatan Semenanjung
Arab dan kemudian Raja Saba' (Yaman) pada zaman pra kedatangan Nabi Muhammad
s.a.w. Merupakan Gabenor Yaman yang berasal dari Habsyah sekarang yang telah
membangunkan sebuah gereja yang besar di Sana'a
yang dikenali sebagai "Al-Qulais", Disamping
itu juga pembinaa Al-Qulais bertujuan untuk mengampu Raja Najasyi semata. Selain
itu juga ia dibina dengan tujuan memikat bangsa Arab jahiliah dari terus
mengunjungi Kaabah di Makkah sekali gus memalingkan dan memindahkan haji
bangsa Arab.
Bagi menarik bangsa Arab ke Al-Qulais, Abrahah telah menghantar
wakil2nya ke seluruh suku kaum Arab untuk mengerjakan haji di gereja tersebut
sedangkan Orang Arab sangat mengagung-agungkan Kaabah. Hasilnya orang arab
tersangat marah sehingga mereka pergi ke Al-Qulais, membuang air besar dan
menyapu najisnya pada dinding Al-Qulais.
Ini menyebabkan Abrahah marah lalu menulis surat kepada Raja Najasyi yang
berisi, “Sungguh aku telah
membangun untukmu sebuah gereja yang belum ada tandingannya dan aku tidak
berhenti sampai aku memalingkan haji bangsa Arab.” Abrahah bersumpah akan menghancurkan Kaabah dan
memberitahu Raja Najasyi tentang hal itu, lalu Raja Najasyi menghadiahkan
seekor gajah besar bernama Mahmuud.
Kemudian ekspidisi Abrahah dengan tentera bergajah ingin menghancurkan Kaabah dilancarkan. Abrahah dengan yakin dengan kekuatan tenteranya yang kuat
itu berangkatlah ke Mekah dan hal ini didengari oleh bangsa Arab.
Sebelum sampai di mekkah Abrahah
telah di halang oleh beberapa orang arab
yang ingin pertahankan kota suci mereka. Namun bagaimana pon mereka gagal
dan ditewaskan oleh tentera Abrahah. Mereka tu kemudian ditangkap serta dipaksa
menjadi penunjuk arah ke kota mekah. Di sepanjang jalan Abrahah telah melakukan kezaliman. Abrahah telah
mengambil ternakan orang2 Mekah ,di antaranya 200 ekor unta milik Abdul Muthalib.
Abdul Muthalib
adalah Syaibah bin Hâsyim (sekitar 497 – 578)
atau lebih dikenal dengan nama 'Abdul Muthalib atau 'Abd al-Muttalib adalah datuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Ali bin Abi
Talib. Bapanya adalah Hasyim bin Abd Manaf.
Lalu pergilah Abdul
Mutalib menuntut haknya kepada Abrahah. Abrahah terkejut kerana menyangka abdul
muthalib ingin memohon supaya kaabah tidak diruntuhkan tetapi meminta semula
ternakkan miliknya. Abrahah kagum dengan keberanian Abdul Muthalib tetapi dia
berasa hairan lalu dia bertanya kepada abdul mutalib " kenapa engkau masih
bertanyakan unta-unta mu sedangkan aku datang untuk meruntuhkan kaabah mu
" lalu Abdul Muthalib menjawab " aku merupakan tuan punya unta
tersebut, jadi tanggungjawab ku untuk melindungi hartaku sedangkan Allah adalah
tuan kepada rumahNya ( kaabah ), jadi
dialah yang melindunginya ". berlakulah suatu
rundingan diantara Abrahah
dan Abdul muthalib.
Abrahah bersetuju
untuk memulangkan semula 200 ekor unta milik Abdul Muthalib dan Abrahah meneruskan
misinya untuk meruntuhkan Kaabah. Abdul Muthalib pula sebagai ketua Mekah
segera mengarahkan penduduk Mekah untuk melarikan diri dari tentera Abrahah dan
naik ke atas sebuah bukit.
Disana penduduk
Mekah hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah untuk menentukan nasib
Kaabah. Disana penduduk
Mekah hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah untuk menentukan nasib
Kaabah. Disana penduduk
Mekah hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah untuk menentukan nasib
Kaabah. Abrahah merancang, Allah adalah sebaik2 perancangan. Ketika tentera Abrahah sudah hampir sampai ke Kaabah iaitu di Lembah Muhassir, secara tiba2 gajah2 yang diketuai oleh MAHMUUD tidak berganjak.
Gajahnya
berhenti hampir tersungkur di tanah dan menderum, lalu kepala gajah tersebut di
pukul untuk maju dan ia enggan maju walaupon seinci dan ketika dihadapkan ke
arah lain, gajah tersebut berlari. Dan pada masa
itulah kelihatan sekelompok awan bergerak menuju ke arah mereka, dan yang
sebenarnya itu burung-burung Ababil yang membawa batu untuk dijatuhkan ke atas
tentera Abrahah. Setiap batu kecil yang menimpa ke atas tentera Abrahah, akan meninggalkan daging2 mereka. Satu persatu tentera Abrahah gugur mati.Abrahah turut mati dengan tragisnya.
Peristiwa ini dicerita dan
dicatatkan oleh ALLAH dalam Al-Quran surah Al-Fiil ( Gajah ).
Firman ALLAH, bermaksud :
Demikian keanehan peistiwa tersebut, dan tahun
tersebut juga ALLAH lahirkan Nabi Muhammad s.a.w. seorang tokoh yang bakal
menyambung perjuangan untuk memuliakan Kaabah yang diasaskan oleh Nabi Ibrahim
a.s. itu. Dikota itulah juga Baginda s.a.w. di lahirkan pada isnin, 12 Rabi'ul
Awwal yang di namakan Tahun Gajah. ALLAH menyelamatkan Kaabah yang bakal
dijadikan pusat pergerakan Islam pimpinan Nabi Muhammad s.a.w dengan peristiwa
yang ganjil dan aneh.
Begitulah kisah Mahmud, seekor gajah
dizaman pemerintahan Abrahah yang kisahnya diabadikan oleh Allah didalam surah
Al-Fil. Dimana ia berlaku pada tahun kelahiran nabi junjungan kita Nabi Muhammad
S.A.W. Disini kita tentu sudah tahu betapa Mahmud bukanlah seekor gajah yang
jahat, malah dia cuba melindungi Kaabah semampunya.
InsyaAllah dengan
kisah-kisah didalam Al-Quran ini membuatkan kita menjadi manusia yang lebih
baik mengikut aturan yang ditetapkan Allah.
Kisah ini diambil menerusi
buku dan laman sesawang:
- - Sirah nabi
- - Keanehan dan Keaijaiban Dalam Hidup Nabi Muhammad SAW.
- - http://ms.wikipedia.org/wiki/Abrahah
- - http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Muttalib.
a
a
p/s : anda tonton dan fikirkan... wallahua'alam....
assalamualaikum....
abrahah bukan hendak kekayaan tetapi hendak meruntuhkan Kaabah
ReplyDelete