top

Saturday, 17 March 2012

TAMAN REKREASI ULU BENDUL , NEGERI SEMBILAN


Assalamualaikum…  lama sudah rasa nya tidak update blog ni.. ok entry kali ni kite cerita sesuatu yang menyeronokkan…  nak kongsi destinasi percutian baru2 ni di Taman rekreasi Ulu Bendul. 



Ia tidak jauh kira-kira 25 kilometer dari Bandar Seremban atau lima kilometer dari Pekan Kuala Pilah. Sekiranya anda dari Bandar Seremban ia mengambil masa 20 minit untuk sampai. 




Kebanyakan pengunjung adalah penduduk tempatan sekitar Seremban atau kampung berhampiran, tetapi ada juga sanggup memandu dari ibu kota ke sana seperti saya. Sekiranya kita dari negeri lain memang tidak tahu ada nya Hutan Lipur Ulu Bendul. Terima kasih cik. Nurul Ain Hj. Abu Bakar yang sudi membawa saya ke sana. Memang amat menyeronokkan. 







Banyak kemudahan yang disediakan.. oleh sebab itu, Sesiapa yang ke Negeri Sembilan jangan lupa singgah ke TAMAN REKREASI ULU BENDUL. Tidak rugi jika ke sana. Boleh tenangkan fikiran lari sekejap dari kesibukan ibu kota. Disamping udara nya yang nyaman dan segar.

No comments:

Post a Comment