Bila kita mula berkenalan…
Bila ya??? Bila??? Tak apalah biarkan ia menjadi suatu yang misteri… apa yang penting sekarang aku sangat suka pada dia.. sangat-sangat suka. Masyallah hanya allah yang tahu. Tetapi yang peliknya suka je bukan sayang pun bukan cinta pun.. wah anehnya.. kelakarnya.. tetapi kalau asyik terfikirkan dia terbayangkan dia… itu apa pulak??? Peliknya.. pelik bagi aku..
Bagi dia??? Biasa je.. tak tahu pun yang aku sangat suka padanya… apa yang harus aku lakukan??? Apa yang aku buat sekarang adalah berdoa sahaja melihat dia dari jauh.. aku tahu berdoa tanpa berusaha memang tak dapat pun… tapi tidak apa lah sekurang-kurangnya aku tidak melupakan pada Nya yang esa. Kehadiran dia menyebabkan aku lagi bersemangat untuk bertemu Allah. Ku panjatkan segala harapan dan keinginan kepada maha pencipta. Keikhlasan aku untuk mengadap penciptaku bukan semata mendapatkan dia. Dalam hati “ kalau dapat apa salahnya bonus hehehe”… astrafirullahala’zim..
Sesungguhnya kita sebagai hambanya wajib menyembahNya, melakukan segala suruhan dan tidak mengingkari larangan Nya. Melakukan kewajipan bukan semata-mata berkehendakan sesuatu dan juga bukan kerana seseorang. Ingat tu.. ya peringatan buatku juga.
Ya allah tetapi aku sangat suka pada nya..
ya allah
seandainya telah kau catatkan
dia akan menjadi teman menapaki hidup
satukanlah hatiku dengan hatinya
titipkanlah kebahagiaan di antara kami
agar kemesraan itu abadi
ya allah
ya tuhanku yang maha mengasihi
seiringkanlah kami melayari hidup ini
ke tepian yang sejahtera dan abadi
tetapi..
ya allah..
seandainya telah kau takdirkan..
...dia bukan milikku
bawa lah ia jauh dari pandangan ku
luputkanlah ia dari ingatan ku
dan peliharalah kami dari kekecewaan...
ya allah yang tercinta..
gantikalah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya..
amin....
berdoa dan terus berdoa itu sahaja yang aku lakukan hehe tidak berusaha pun untuk mendapatkanya. Ya allah jika engkau memberi dia kepada ku, aku terima dengan sepenuh hati. Tetapi jika dia bukan takdir dari mu ya allah aku pasrah. Sesungguhnya engkau maha mengetahui segalanya… wallahua’alam…
sekian sampai disini cerita aku untuk dikongsi. Insyallah akan ku sambung kisah ini. Maknanya ada bahagian ke-2?? hehehe
to be continue…
insyaALLAH che pah...andai telah ditakdir di Luh Mahfuz dia milik mu percayala...chaiyok!!!
ReplyDeleteinsyallah.. mudah-mudahan allah permudahkan..amin...
ReplyDelete