top

Friday, 5 July 2013

JODOH OH JODOH



JODOH tu ditangan Allah dan kita kena la ikhtiar mencarinya”
Emm…..itu lah kalau asal balik kampong.. Emak o mak along belum nak kawen lagi laaa.. itu adalah jawapan selamat dan plastik. “awok nak tunggu menda lagi” longat Pahang mak aku.” Keje dah ada, kreta dah ada, tanah dah ada… Cuma suami jer  yang tak de.. mok ghiso kat  awok nih la..”
Siapa yang tidak mahu kawen. Cukup umur pasti akan kahwin. Topic entry kali ini berkaitan jodoh.

Yang sering difikirkan, soal jodoh iaitu siapa jodoh yang ditakdirkan untuk kita dalam kehidupan ini. Di mana jodoh itu berada?
Tanpa disedari sebenarnya kita terlupa akan satu perkara yang perlu di titik beratkan dalam mengenali kriteria mencari pasangan yg baik dan secocok dgn diri kita.

Menurut islam jodoh terbahagi 3 :

1.   Jodoh dari syaitan – ia merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu. Ia dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Terpaksa berkahwin atas keterlanjuran.
2.   Jodoh dari Jin – berlaku bila mana sepasang kekasih yang menjalinkan hubungan melalui bantuan jin seperti meminta bantuan bomoh supaya dia jatuh hati sehinggalah mereka dapat berkahwin.
3.   Jodoh dari Allah SWT – ia lahir dari hasil pertemuan melaui mata.turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad berlangsung dan inilah yang dinamkan syurga cinta.

Persoalanya Kenapa Sukar Bertemu Jodoh ?

·         Fobia bercinta (kenangan lalu ) – mungkin kenangan lama yang pahit.
·         Sifat negatif bertakhta dalam diri (suka membujang, melepak)
·         Banyak meminta dan kurang memberi (Allah sukar menolak permintaan manusia yang suka menolong orang dan berbuat baik )
·         Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan (Pentingkan diri dan tak menghormati )

·         Tidak sabar (menjurus  maksiat saja fikirnya)

·         Kurang berusaha dengan usaha yang bersesuaian
·         Restu ibu bapa
·         Tidak nampak keperluan berumah tangga.

Kalau yang tidak bertemu jodoh memang dah tidak boleh nak berbuat apa-apa.. dah memang tidak ada..Nak cari dekat mana? Takkan nak masuk dalam ejen cari jodoh pulak.. taknaklah malu…takan nak buat iklan. islam agama yang mudah.
Mari berDoa….
Doa Jodoh

Selain berdoa, kadang-kala Jodoh Perlu Ada Usaha

·         Amati orang di sekitar anda *jodoh selalunya tidak jauh. Bukan bererti kita ngap jer yang ada depan mata. Kenalah tengok juga. Nanti tersalah pilih membawa padah dan menyesal.

·         Tidak Mudah patah semangat *tak semua kita nak,kita dapat, teruslah mencuba.

·         Mengisi hati dengan ibadah  tertentu seperti solat hajat, membaca Al-Quran serta berterusan berdoa.

·         Menyayangi semua orang di sekitar anda
·         Menyucikan hati
·         Sentiasa bersiap sedia bila-bila masa. Ceria, bersih dan baik tak kira di mana anda berada, percayalah jodoh ada dimana-mana.
Insyallah Allah maha mengetahui jodoh kita. jom dengar lagu ini...








Thursday, 4 July 2013

VITAMIN C DAN KANAK-KANAK



KANAK-KANAK sememangnya sangat mengemari tablet vitamin C kerana rasanya seperti gula-gula. Sehinggakan tidak cukup sebiji dan meminta lagi. Si ibu pula terpaksa menyimpan jauh dari pandangan anak mereka bagi mengelakkan mereka mengambil tanpa pengetahuan ibu.


Itu adalah senario biasa berlaku di rumah kerana kanak-kanak yang dikaitkan dangan kurang makan makanan berasaskan sayuran dan nasi dan lebih makan makanan yang tiada nutrisi. 

Dari pandangan mata ibu, mereka ini dikatakan kurus dan tidak mahu makan apa yang dimasak. Maka si ibu akan memilihan untuk membeli vitamin C sebagai supplement.

Pelbagai produk dan jenama terdapat di pasaran. Oleh itu ibubapa khususnya perlu tahu kesan baik mahu pun buruk setiap produk. tidak dapat dinafikan setiap ibu bapa pasti nya mahu yang terbaik untuk anak mereka. jadi ketahuilah terlebih dahulu sesuatu supplement sebelum memulakannya. Atau berjumpa pakar pemakanan terlebih dahulu.

Sebaik-baiknya kita meneliti dahulu apa itu VITAMIN C

Definasi ini diambil dari wikipedia menerusi laman sesawang.

Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia. Selain itu Vitamin C adalah vitamin yang  larut air.

Vitamin C adalah perlu untuk:

· Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat

· Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat

· Mematikan radikal bebas merbahaya

· Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain

Saranan dos yang perlu diketahui dalam pengambilan vitamin C mengikut usia kanak-kanak seperti berikut :

Usia kanak-kanak (tahun)
Dos
1-3
400mg
4-8
650mg
9-13
1200mg

Oleh itu ibubapa yang ingin membeli produk di pasaran perlu meneliti jumlah dos yang terdapat bagi setiap tablet vitamin C terlebih dahulu.

Hal ini kerana sekiranya kanak-kanak mendapat dos yang berlebihan akan dikuathiri mendapat cirit-birit. Ia kesan dari osmotik yang ada pada vitamin C itu sendiri.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan untuk entry kali ini. Insyallah dengan artikel ini mungkin dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam pemilihan ketika ingin membeli vitamin C sebagai supplement kepada kanak-kanak. 
wallahua'lam.....







Tuesday, 2 July 2013

KANAK-KANAK JATUH DAN KESANNYA



Kanak-kanak atau juga dipanggil budak atau anak kecil yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai peringkat baligh lagi. Golongan ini khususnya terdedah dengan pelbagai situasi antaranya adalah JATUH.

Sesuatu yang dilakukan mereka tanpa kita jangka, sekelip mata sahaja atau dalam berjaga-jaga pun mereka mampu melakukan apa-apa yang mereka kehendaki. Pendek kata seorang ibu ingin mengatakan perkataan “ JANGAN” belum habis “NGAN” baru sebut “JA” seorang kanak-kanak itu sudah pun melakukannya contoh membaling atau mengambil sesuatu benda yang dianggap ibu adalah bahaya. Betapa cepat dan pantas nya mereka ini.




Entry saya hari ini lebih fokus kepada topik jatuh dan kesannya. JATUH boleh berlaku dalam pelbagai situasi dan juga ketinggian JATUH itu sendiri. Kanak-kanak golongan yang lasak. Mereka ini seolah tidak serik, sehinggalah merasa sakit berhenti seketika menangis dan apabila tidak sakit kembali aktif semula.

JATUH boleh menyebabkan pelbagai kesan. JATUH  mungkin boleh menyebabkan keretakkan atau kepatahan tulang, luka dan berdarah, lebam dan bengkak. Itu biasa kita dengar dan sedia tahu. Tetapi pernah atau tidak pernah seorang ibu tahu jatuh boleh menyebabkan gegaran di otak anak anda? Sejauh manakah anda tahu?

Bagi seorang bayi, jatuh dari ketinggian 5cm itu sudah cukup tinggi. Sesetengah ibu bapa ratanya risau tetapi tidak mengendahkanya sehingga bayi itu mengalami tidak mahu menyusu, tidur sepanjang hari, muntah dan tiba-tiba suhu badan menjadi panas, barulah ibu bapa risau. Ataupun apabila mereka hantar ke rumah pengasuh tiba-tiba anak mereka sawan dan tidak sedarkan diri.

Kes ini sering berlaku, walaupun statistic sebenar tidak  diketahui, ketahuilah setiap sebulan di wad Neuro pediatrik Hospital Kuala Lumpur, sekurang-kurangnya 5-10 kes jatuh yang masuk. Angka ini secara purata kasar saya dapati melalui kajian awal. Ianya hanya melibatkan kes yang melibatkan hentaman kuat atau tidak kuat di kepala.

Antara kesan yang sering dialami kanak-kanak akibat jatuh khususnya hentaman melibatkan kawasan kepala  adalah :

1.       Keretakkan tulang  
2.       Gegaran di otak
3.       Pendarahan sama ada baru atau lama di otak
4.       Pendarahan dalam kulit (haematoma)
5.       lebam
6.       Bayi mungkin akan menangis, tidak aktif dan tidak mahu menyusu
7.       Kanak-kanak akan mengadu sakit kepala dan pening
8.       Muntah ( samada selepas makan atau tanpa makan )
9.       Tiba-tiba tidak sedarkan diri
10.   Sawan

Oleh itu jangan pandang ringan apabila anak-anak kita terjatuh walaupun ketinggian yang sangat rendah. Sememangnya kita tidak boleh jangka mahupun mengelakkan sekiranya sesuatu itu tertulis terjadi .

Namun apa yang penting, kita seharus melakukan pemeriksaan awal. Antaranya dengan melakukan pemeriksaan seperti berikut :

  •  Pastikan keadaan anak sama ada sedar atau tidak dengan memanggil namanya atau menggoyangkan badannya.
  •  Rabalah seluruh bahagian kepalanya dengan sedikit penekanan bagi memastikan terdapatnya benjolan, kesakitan, atau "lekok"  di kepala.
  •  Jika ubun-ubun belum tertutup, rabalah ubun-ubun dan pastikan sama ada ia membonjol atau tidak. Ubun-ubun yang membonjol menunjukkan adanya peningkatan tekanan dalam otak, boleh berlaku pendarahan.
  •  Gerakkan kepala, dan tangan kakinya untuk memastikan tidak ada patah tulang leher, bahu, tulang belakang.
  • Perhatikan dengan teliti : mata, kelopak mata, raut wajah atau senyumnya adakah berubahan
  •  Pastikan penglihatannya tidak terganggu.


Bawalah anak anda ke hospital/klinik untuk pemeriksaan lanjut apabila mendapati simptom-simptom berikut:

  • Anak menjadi tidak sedar atau tidur terus.
  • Anak menjadi delirium, bingung, dan meradang.
  • Kejang / kelumpuhan pada wajah.
  • Sakit kepala atau muntah semakin bertambah.
  • Terdapat simpulan pada leher.
  • Timbul benjolan di kepala terutamanya disekitar tempurung kepala.

Langkah-langkah Pencegahan bagi mengelakkan kejadian jatuh dikalangan kanak-kanak

  • Untuk bayi yang kurang daripada 6 bulan, apabila sudah boleh berguling, seelok-eloknya diletakkan ditempat yang selamat ketika tidur / berbaring. 
  • Bila anak sudah boleh berdiri, berikan pelindung di tempat tidurnya.
  • Bila anak sudah boleh berlari, awasilah dengan ketat dan sepatutnya.
  • Elakkan penggunaan baby walker tanpa pengawasan orang dewasa.

Ini sahaja yang dapat dikongsikan untuk entry saya kali ini. Saya akan sambung lagi di entry akan datang. Isyallah..