top

Tuesday, 9 April 2013

BANDUNG OH BANDUNG



Alhamdulillah akhirnya sampai juga aku di bumi bandung…walaupun tempatnya biasa saje tidak jauh beza  dengan Malaysia tanah air ku tetapi sekurang-kurangnya aku dapat menjejakkan kaki di Negara orang hehehe…  terima kasih kepada  2 sahabat baik ku En.Firdaus dan Cik Nurul Ain. Kehadiran kalian amat lah dihargai… sayang korang…

Sesungguhnya 3 hari 2 mlm itu sungguh BERMAKNA dan rasa sekejap sangat. Banyak tempat tidak sempat dilawati. Semasa disana aku berjumpa dengan teman baru. Cik Awe nama sebenarnya … sebenarnya aku pun tidak tahu..sebabnya nama nya panjang sangat nak ingat nama pendek je.. Cik Awe sorry ea… Dia bukan lah orang Bandung tetapi pelajar Malaysia yang sedang menghabiskan kursus kedoktoran nya disana tinggal setahun je lagi.. Dr.Awe lah dalam erti kata lain bila balik Malaysia.

Semasa disana Cik Awe lah yang menjadi pemandu pelancong kami bertiga.. sungguh seronok  dengan pelbagai pengalaman dan kenangan dilalui…


Ini lah antara destinasi yang sempat dilawati…


PASAR BARU....



sekitar pasar baru , Bandung Indonesia

hari ke-2..








Antara makanan yang kami makan disana....

nasi padang

sup buah

pelbagai jenis iga bakar...

pelbagai  jenis wafel

bakso

nasi campur
Pengangkutan semasa disana...





JALAN DAGO.....
Himpunan outlet-outlet ternama di sepanjang jalan...





Sungguh bertuah rasa nya dapat melancong... terima kasih atas layanan anda semua sepanjang kami bertiga berada di sana...





SELAMAT TINGGAL BANDUNG... SEGALANYA DALAM INGATAN...

Monday, 8 April 2013

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W.


Tercipta satu lembaran sejarah 
Di tanah suci Kota Mekah 
Hari yang mulia penuh syahadah 
Bermulalah sebuah kisah
Malam isnin subuh yang indah 
Dua belas rabiul'awal yang cerah 
Dua puluh april tahun gajah 
Lahirlah zuriat dan syahadah
Sampai sahaja 12 rabiulawal setiap tahun lagu ini sering didengari terumanya oleh budak sekolah. Kerana apa? Kerana itu lagu wajib bagi pertandingan nasyid. Kita pon bila dengar sahaja lagu ini mesti ingat dan teringat. Alhamdulillah sekurang-kurangnya dengan nyanyian lagu tadi dapat kita ingat bila kelahiran nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
KENAPA ia dikaitkan dengan tahun gajah? BAGAIMANA pula gajah menjadi binatang tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.? Baiklah cerita kenapa dan bagaimana dikaitkan dengan gajah dan tahun gajah ada diceritakan dalam entri saya sebelum ini iaitu Mahmuud si gajah tentera Abrahah.  http://fmh2wow2s.blogspot.com/2013/01/mahmud-si-gajah-tentera-abrahah.html.Ringkasnya daripada kisah Abrahah adalah keinginan Abrahah yang tinggi di tambah perasaan ingin membalas dendam dan iri hati terhadap bangsa Arab yang mengagungkan kaabah lantran itu dia berhasrat untuk memusnahkan Kaabah.
Namun cubaan itu gagal kerana Allah telah menghalang dengan menurunkan burung ababil melontrkan batu api kea rah tentera abrahah bagi menghalang memusnahkan kaabah. Peristiwa itu diceritakan dalam surah Al-Fiil ( gajah ).
Itulah kenapa dan bagaimana kaitanya gajah menjadi binatang tahun kelahiran nabi Muhammad S.A.W.
Kita sambung balik nyanyi lagu tadi…..
Abdullah nama bapanya 
Siti Aminah ibunya 
Riang gembira menyambutnya 
Lahirnya putra yang utama

Abdullah bin Abdul Muttalib adalah sangat hebat. Seorang lelaki yang tampan dan bersih tutur katanya serta sopan perilakunya. Oleh kerana cantiknya perilaku dan fizikal Abdullah maka ramailah gadis-gadis yang jatuh cinta padanya. Abdullah digambarkan adalah lelaki yang paling tampan ketika itu.

Manakala Siti Aminah pula adalah wanita yang sangat cantik. Para sejarawan tidak mengetahui sangat tentang Aminah kerana dia seorang wanita yang menjaga batas perggaulan. Amat cantik budi pekertinya, sentiasa mengasingkan diri dari perkara-perkara yang menjurus kepada maksiat. Disebabkan itu tidak banyak kisah yang dicatatkan tentang kisah Aminah.

Allah memilih Aminah “Si Bunga Quraisy” sebagai isteri Abdullah bin Abdul Muthalib di antara gadis lain yang cantik dan suci. 

Muhammad nama diberi 
Gelaran yang terpuji 
Nikmat Illahi sama disyukuri 
Terima putra yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia 
Lahirnya bawa cahaya 
Alam derita jadi gembira 
Terima junjungan mulia
Ketika Abdullah berangkat ke Syria, Siti Aminah sudah terdetik bahawa suaminya tidak akan pulang lagi. Apabila genap Rasulullah saw dua bulan di dalam kandungan. Abdullah wafat dan dikebumikan di Madinah Al Munawwarah. Begitu sedihnya hati Siti Aminah mengenangkan nasib anaknya akan menjadi yatim.
Semasa baginda dilahirkan, Siti Aminah menyaksikan Nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah yang dilihat seperti pelangi sehingga dapat dilihat dari kota-kota yang jauh dari mekah.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Siti Aminah apabila baginda dilahirkan.

Cahaya keluar terang benderang dari rumah Siti Aminah sehingga berpusu pusu orang Arab datang menjengah dan menilik ke dalam rumahnya yang mulia. Malah ada di kalangan mereka yang cuba mengopak rumah tersebut kerana perasaan ingin tahu, Apakah cahaya terang benderang tersebut yang keluar dari rumah seorang yang sederhana dan miskin. Disamping itu juga, wangi2an yang tidak terhingga laksana kasturi menusuk ke hidung semua yang berada di situ sehingga membangkitkan rasa damai ke sanubari mereka.

Begitulah keanehan yang dapat dirasai ketika baginda rasulullah dilahirkan. Subhanallah mahasuci Allah. Itu hanya sedikit yang diceritakan. Tetapi sebenarnya banyak lagi keanehan dan keajaiban yang berlaku tatkala lahirnya nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Saya akan ceritakan di entri yang akan datang. WALLAHUA'ALAM