“JODOH tu ditangan
Allah dan kita kena la ikhtiar mencarinya”
Emm…..itu lah
kalau asal balik kampong.. Emak o mak along belum nak kawen lagi laaa.. itu
adalah jawapan selamat dan plastik. “awok nak tunggu menda lagi” longat Pahang mak
aku.” Keje dah ada, kreta dah ada, tanah dah ada… Cuma suami jer yang tak de.. mok ghiso kat awok nih la..”
Siapa yang tidak
mahu kawen. Cukup umur pasti akan kahwin. Topic entry kali ini berkaitan jodoh.
Yang
sering difikirkan, soal jodoh iaitu siapa jodoh yang ditakdirkan untuk kita
dalam kehidupan ini. Di mana jodoh itu berada?
Tanpa
disedari sebenarnya kita terlupa akan satu perkara yang perlu di titik beratkan
dalam mengenali kriteria mencari pasangan yg baik dan secocok dgn diri kita.
Menurut
islam jodoh terbahagi 3 :
1.
Jodoh dari
syaitan – ia merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu. Ia dimulai dengan
pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur
di dalam percintaan itu. Terpaksa berkahwin atas keterlanjuran.
2.
Jodoh dari
Jin – berlaku bila mana sepasang kekasih yang menjalinkan hubungan melalui
bantuan jin seperti meminta bantuan bomoh supaya dia jatuh hati sehinggalah
mereka dapat berkahwin.
3.
Jodoh dari
Allah SWT – ia lahir dari hasil pertemuan melaui mata.turun ke hati dan dijaga
batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad berlangsung dan inilah yang
dinamkan syurga cinta.
Persoalanya Kenapa Sukar Bertemu Jodoh ?
·
Fobia bercinta (kenangan lalu ) –
mungkin kenangan lama yang pahit.
·
Sifat negatif bertakhta dalam diri
(suka membujang, melepak)
·
Banyak meminta dan kurang memberi
(Allah sukar menolak permintaan manusia yang suka menolong orang dan berbuat
baik )
·
Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan
(Pentingkan diri dan tak menghormati )
·
Tidak sabar (menjurus maksiat saja
fikirnya)
·
Kurang berusaha dengan usaha yang
bersesuaian
·
Restu ibu bapa
·
Tidak nampak keperluan berumah
tangga.
Kalau yang tidak bertemu jodoh memang dah tidak boleh nak berbuat apa-apa..
dah memang tidak ada..Nak cari dekat mana? Takkan nak masuk dalam ejen cari
jodoh pulak.. taknaklah malu…takan nak buat iklan. islam agama yang mudah.
Mari berDoa….
Doa Jodoh
Selain berdoa, kadang-kala Jodoh Perlu
Ada Usaha
·
Amati orang di sekitar anda *jodoh
selalunya tidak jauh. Bukan bererti kita ngap jer yang ada depan mata. Kenalah tengok
juga. Nanti tersalah pilih membawa padah dan menyesal.
·
Tidak Mudah patah semangat *tak semua
kita nak,kita dapat, teruslah mencuba.
·
Mengisi hati dengan ibadah tertentu
seperti solat hajat, membaca Al-Quran serta berterusan berdoa.
·
Menyayangi semua orang di sekitar
anda
·
Menyucikan hati
·
Sentiasa bersiap sedia bila-bila
masa. Ceria, bersih dan baik tak kira di mana anda berada, percayalah jodoh ada
dimana-mana.
Insyallah Allah maha mengetahui jodoh kita. jom dengar lagu ini...